Rabu, 24 Mac 2010

PERHENTIAN

Pada perhentian ini

pungguk terkedu sendiri

Pelangi suram lagi

pungguk intai pelangi

dibalik ufuk mimpi

tercari-cari

ternanti-nanti

apakah pelangi mula menyendiri

adakah pelangi sedang mengusap sepi

atau hanya pungguk mengigau pagi...


(dari anginretak buat p.a)


: Puspa Cendana

1 ulasan:

  1. manna

    Tika pukul empat petang tiada sesiapa pun dalam Restoran Perhentian Ini.
    Aku telah ada tempat yang dipilih dan perkhidmatan;
    pungguk yang berceloteh sesuatu yang tidak difahami akan bermula sekejap lagi.
    "Pemuisi, O Pemuisi!"
    Bukan kah Khadijah yang duduk di bawah pohon-Juniper, dan meratap?
    Bukankah Mohammed diusir dari Makkah,
    dan Isa dari Gethsemane?
    kekasih kekasih ini hiba di dalam hatinya;
    tetapi cokelat di Restoran Perhentian Ini sangat hebat,
    dan Cokelat Hitam Pekat Mousse Noix adalah umpama Dewi Neptis yang penuh kesempurnaan.
    dengan sedikit meringue bersama krim dan
    cebisan-kacang berangan, sungguh sungguh menggodakan.
    Dekatkan Aku tidak kepada PERINDU dalam masa tujuh hari?
    Jangan bersedih hati, O kekasih; pungguk yang berceloteh tidak tentu arah kembali semula.
    bukan, bergembiralah kerana itu;
    kerana semua celoteh pungguk adalah Sepi sebuah Malam.

    BalasPadam