Rabu, 24 Mac 2010

...hanya secarik rasa..

Pada secarik rasa yang menerpa
pungguk sedikit tersedu
mawar jingga seakan mahu berhenti memalu
irama pelangi menerpa di bulan biru...


Pada pelangi
mungkin pungguk hanyalah tetamu kalbu
hadirnya sekadar angin beku
yang tak bisa berbuat sesuatu
sekadar mengalunkan lagu rindu
adilkah itu...

(dari anginretak utk p.a)

:Puspa Cendana

2 ulasan:

  1. duri dalam daging

    Harga sebuah kewujudan adalah perjuangan yang berpanjangan.
    Bercakap sebagai orang Yang Membaca Ini, Aku
    lebih memilih untuk berkata:
    Harga bagi perjuangan yang berpanjangan adalah kewujudan.
    Dan melankolik sebagai kewujudannya,
    harga itu memang wajar.
    Adakah ianya Puisi Yang Makbul?
    kerana itu Aku menentangnya!
    Pergi Jahannam dengan orang Yang Menulis Puisi Ini!
    "O PUSPA CENDANA, bagaimanakah tidak bernilainya sentimen ini!"
    "Adakah awak mahukan penyepit untuk menutup mulut kamu?"

    BalasPadam
  2. ada kebuntuan yang bercelaru
    hingga aku terasa sangat malu
    pada bicara tinta yang melulu
    tanpa kisah lembing yang menikam
    tepat ke jantungku...
    apabila kata2 adalah bisa dari belati...

    BalasPadam