Khamis, 11 Mac 2010

Puteri Arisa Puspa Cendana...

Puteri Arisa Puspa Cendana..
dua nama satu jiwa
bagai gelak dengan ketawa
tidak terpisah walau ke mana
di pelangijingga dia bertakhta
menjunjung duli , sudi apa kiranya..

Puput bayu mencengkam rasa
duhai si anginretak belahan jiwa
mana janji, mana sumpah setia
yang kau lafaz tika bicara
juga tika pelangiku kau rayu , kau puja..
hingga terbit jambatan rindu...
terus tembus dalam kalbu...

: Puspa Cendana

4 ulasan:

  1. Dari wanita untuk wanita ?
    Maafkan kami lelaki yang kadangkala kau benci..
    'Lelaki adalah makhluk yang banyak bergantung
    pada keadaan'

    BalasPadam
  2. salam pc
    membaca gurindammu
    susunan ayat dan suku kata yang baik...

    BalasPadam
  3. salam
    aku terhibur membaca gurindam puisimu yang ini..
    satu pembaharuan namun
    siapa gerangan puteri arisa puspa cendana?

    BalasPadam
  4. sabtu tiga belas

    O! jiwa Puteri Arisa Puspa Cendana.
    Alfatihah: Berdua duaan: Tenaga: Mati.
    Mati: Melahirkan: yang menyokong kepada O!
    untuk melahirkan adalah untuk mati;
    untuk mati adalah untuk melahirkan.
    taburlah Benih di Taman Pelangi.
    Hidup dan Mati adalah dua nama kepada A.
    bunuhlah diri kita sendiri.
    tanpa ada semua ini bersendirian sahaja sudah cukup.

    BalasPadam