Khamis, 11 Mac 2010

PUTERIKU III

Tinta za'faran bertatah intan
Terukir indah jadi hiasan
Salam bermadah hamba ucapkan
Kalam nan sumbang pohon dimaafkan


Bulan parbani tersenyum indah
Pungguk menyanyi tinggi di awan
Terungkai Alfatihah di atas sejadah
Mampukah kita semarakkan iman


Lukisan masa tika tersemban
Jadi ingatan sepanjang zaman
Banjir di hati karam di ingatan
Usaplah perasaan di pinggiran taman


Tabir malam mengusap sepi
Senyap dan sunyi nyanyian hati
Pilu dan pedih tidak bertepi
Berselimut duka karamlah hati


Puteri bunian mengarang bunga
Untuk hiasan putra kayangan
Bicara naluri santapan bersama
Arisa umpama merak kayangan


Hiba dan rawan kusut tersimpul
Menangislah kalbu terjeruk sakan
Hamba sebilah golok yang tumpul
Tersasul laluan pohon dimaafkan.


(puisi buat arisa dari "anginretak")

2 ulasan:

  1. ewah...cantik susunan pantun atau gurindam ini...

    BalasPadam
  2. nyanyian pungguk

    ali imran telah ada empat nama rahsia:
    ianya adalah Lakukan Setelah Engkau Sedar.
    Empat Ayat: Tiada-Satu-Banyak-Segala Gala.
    Engkau-Anak
    Nama Kita adalah suci
    Kerajaan Kita pasti ada
    Niat Kita sudah terlaksana
    Di sini Rezeki
    Di sini Darah
    bawalah kami menempuhi segala Godaan!
    jauhilah kami dari Kebaikan dan Kejahatan.
    kepunyaan Ku adalah seumpama Milik Kita menjadi Mahkota kepada Kerajaan,
    sehingga sekarang.
    KATAKANLAH.

    BalasPadam