Isnin, 1 Mac 2010

TIKA BULAN MENGAMBANG

Bulan mengambang pungguk menari
hati nan rawan sukar di ubati
berkeluh kesah ke sana ke mari
bergolak golek ..menghempas diri
mencari bayangan sendiri...
di balik maya ini..

Tika rangbulan terang berseri
jiwa menguncup kembali bersemi
menadah hangat kasih yang diuji
membelah badai ..
menelusuri liku berduri..
tiada keringnya gerimis di hati..

Mawar jingga empunya diri
bergetar mewangi andai di dekati
sentiasa bertabir di balik cerminan
biar tingkah lenggoknya bukan mainan...


: Puspa Cendana

3 ulasan:

  1. 1.Salam
    2.Selamat Ulangtahun Hari Lahir
    3.Puisi-puisimu berunsur emosi & misteri,
    tidak mengapa, itulah perlambangan

    BalasPadam
  2. 1. Salam untukmu jua
    2. Terima kasih atas kesudian ke pelangijingga
    3. Memang aku suka bermain dengan emosi..kerna ianya sungguh misteri..maaf andai ia tidak kau sukai..

    BalasPadam
  3. marilah menuju kejayaan-dan marilah ke bulan!

    ini adalah Cermin Suci.
    di petik dari kata yang seni,O Malam, dan terikat dengan Siang!
    di petik dari kata yang seni, O Manusia, dan terikat dengan Bayang!
    Diri Ini Cermin adalah hilang mertabatnya lidah yang penuh kesyukuran;
    Cermin Ini Diri adalah tingginya darjat lidah yang berdoa.
    silih ganti ini, Lidah yang Memiliki Dua Anugerah, Kata yang memiliki Kuasa Berganda-AMIN!-adalah lambang kepada KERJA YANG HEBAT,
    kerana KERJA YANG HEBAT sempurnanya sudah dalam Membisu.
    dan perhatikanlah adakah tidak Kata ini bersamaan dengan Puisi Selepas Ini, yang mana tajuknya Mengapa Membisu dan Kaku?
    Kerja ini juga memakan dirinya sendiri,
    selesaikan ianya sendiri,
    ramaikan pekerja pekerja,
    tinggalkan tidak biji benih. ia sempurna di dalam sendirinya.
    anak kecil, cintailah bayang yang lain.

    BalasPadam