Isnin, 5 April 2010

Aku berjalan menuju Tuhan...Tuhan berlari menujuku..

Oh Tuhanku
Kau peganglah jemariku
yang mendamba kasih cintaMu
aku lemah..
aku jahil..
aku berdosa..
tanpa pimpinan dariMu
Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun..
kepada hamba-hambaMu..
selangkah ku padaMu..
seribu langkah Kau padaku
berjalan aku menujuMu..
berlari Kau datang pada ku....


:QZH a.k.a. PC a.k.a Arisa

2 ulasan:

  1. dalam istilah sains setiap tindakan akan disusuli dengan akibat

    oh bunga
    terlerai sudah kelopak kamu
    setelah itu menjadi benih
    benih ini akan menyuburkan Gurun menjadi oasis
    oasis ini adalah tempat yang paling nikmat di dalam padang yang penuh cercaan
    kemudian dan sekali lagi Pemukim Pemukim menduduki oasis
    mereka berlari dari Api Yang Hebat
    dan kepada Api Yang Hebat mereka berlari
    sedang mereka bermukim
    mereka mula membakar
    suatu hari sudah pasti membakar oasis ini
    sehingga ianya menjadi Gurun
    Lihat ! jejak tuhan !

    VS

    Helai Demi Helai.....

    Helai demi helai daun waktu kita tinggalkan
    dari dahan kehidupan..
    tika itu,
    benih usia di semai dalam tasik malakut...
    tersimpan dalam prasa yang tetap.

    Tapak demi tapak kita tinggal buat jejak..
    dari benak terhampar jadi memori..
    andai ada penjejak waktu
    menitip nostalgia pada rona-rona kehidupan di depan...
    pasti bertunas kembali daun-daun baru yang hilang.

    Hingga semesta bergulung...
    pada tiupan seruliling Agong
    maka...
    terhentilah helai-helai daunan itu.

    as known as.....

    BalasPadam
  2. salam puspa,

    Moga kita benar berjalan
    menuju-Nya

    BalasPadam