Isnin, 12 April 2010

Kelmarin Yang Ku Tinggalkan.....

Kelmarin...
kecewa menjengah rasa
setelah wangian bunga
kau curah racun bisa...

Kelmarin..
tika kecuranganmu menyebar
pada jendela jiwa
tanpa engkau mengakuinya..
dalam kemelut yang melanda..
ada dusta di antaranya..

Kelmarin..
kau terperangkap ...
dalam jebak yang kau sediakan..
menjerut lehermu hingga kau kesesakan..
adakah pelung bagimu...?

Hari ini...
dalam nekad dan pasrah
pada ketentuan takdir ..
satu demi satu roboh sudah kota kasihku..
biar ianya pahit...
namun ada kemanisan di depan...


:pc

3 ulasan:

  1. Kerana kau amat mengasihinya, lalu
    sewenangnya dia memperlakukan ! Maafkan dia.

    BalasPadam
  2. salam puspa,

    kepada Tuhanlah kita mohon
    kelapangan dada, tatkala
    berlaku musibah
    sedemikian

    BalasPadam
  3. kesetian suami

    Aku sedang berbincang tentang tiram dengan kroni ku:
    TUHAN menghantar kepada ku ZAWAWI AZIZ dan ABUYON.
    "Manusia memang berani," mereka mendesak,
    "memilih dengan tegas untuk bersarapan tiap tiap hari di restoran Hari Ini."
    "Tidak!" Aku balas, "dia tidak akan melakukan sebegitu,
    TETAPI bayangkan kesedihannya andai Hari Ini itu tutup!
    "Aku makan tiram tiram ini dan Aku minum arak ini
    semata mata untuk meredakan kesedihan sendiri.
    "Namun yang paling tinggi saguhatinya adalah merajuk:
    tingginya merajuk tidak-perlu untuk dipujuk!
    "Dan sesungguhnya Aku tidur dengan Sebelum dan Sesudah
    "Dan hanya Sekarang seorang bermain di dalam minda
    setiap hari perasaan itu senantiasa bertambah dari hari yang sebelumnya.
    "Kamu adalah semangat yang dipenuhi Raksa-berlembutlah
    agar aku boleh memerintah angin.
    "Letakkan aku di dalam dakapan PELANGI JINGGA kembali: Yang Kecewa,
    biarkan aku di situ. yang lain lain boleh buat lagi teruk lagi."
    ZAWAWI AZIZ dan ABUYON, memberikan ku ilham,
    yakinkan yang tugas mereka selesai sudah:
    mereka bersara.
    aku kembali kepada kawan kawan ku, dan, memecah janji,
    pinjamkan aku perasaan kasih sayang sebanyak dua ratus pahala.

    BalasPadam