Ahad, 4 Julai 2010

JENDELA

kini telah ku lurut segala resah
pada jendala rasa yang kian mendesah
segala-gala gundah
...terlerai sudah !!

sayanggg !!

kau datang juga akhirnya
tika langkah ku tidak bermaya
tika kecewa menujah jendela cinta
tika aku teraba-raba..
mencari makna..

sayanggg !!!

hadirmu saat ini
buat aku bernafas kembali
longlaiku telah berganti
pada ampuhnya jatidiri
tidakkah kau ketahui ?
hadirnya kau disisi
begitu kesepian berlalu pergi ??

:p.c @ p.a

3 ulasan:

  1. lorong yang bernama sunyi

    Bila KE SEPI AN menjadi sedar, ianya menawarkan tawar menawar yang teruk.
    kesedaran ini memerlukan individualiti:
    tawar menawar yang paling teruk sekali.
    Perindu meminta akan cinta;
    inilah paling teruk dalam segala tawar menawar yang teruk.
    dan sekarang beliau membiarkan lelakinya pergi,
    untuk memiliki "jati" dalam "diri":
    erti kata lain rugi.
    adakah tidak berakhirnya kesakitan abadi ini
    Yang menghantui aku, menghantui aku tika tidur atau jaga?
    jika Aku memiliki Sayang,
    bagaimana boleh Aku lupa Masa, Umur, dan Mati? Meradang yang keterlaluan!
    bila Aku adalah perindu, bagaimana boleh Aku menyokong Kesakitan akibat kesedaran,
    sumpahan sebuah pemikiran?
    hatta bila Aku adalah ITU, masih lagi terdapat satu tempat-
    Jurang yang meregangkan diantara ITU dan TIDAK.
    Masih lagi, langkah pertama tidak jauh dihadapan:-
    bangunan di dalam lorong itu tiada jendela pun!

    BalasPadam
  2. salam utk anda berdua...
    terima kasih atas kehadiran di ruangan masa...

    BalasPadam