Sabtu, 17 Julai 2010

Rindu Yang Tersembunyi ...

Pada lingkaran hidup yang sepi
ada batas-batas rindu yang tersembunyi
yang tenggelam di dasar hati
nan dalam !


Entah bila kabus sunyi kan pergi
agar kecerahan rindu kan berseri mewangi
bagai kuntum-kuntum melor yang kembang pagi
melantun pawana dengan pesona
pada duka yang terlalu lama
yang tiada keindahan rasa !


:puspa cendana

1 ulasan:

  1. Tapak Kaki Yang Ghaib

    sudah lama Aku berkelana di atas muka Bumi bersukacita akan Kebaikan,
    Keindahan dan Kebenaran;
    lebih lebih lagi tempat tempat yang mana kelihatan itu semua amat Sempurna.
    adanya keriangan di dalam berkelana di antara bunga bunga kehidupan,
    tetapi Kegembiraan Kita Sendiri, O Sayang,
    adalah yang paling diidami sekali di antara semua itu.
    sekarang Aku mencari tempat istirehat,
    Aku mencari pula Persoalan baru,
    untuk Bersujud di kaki Kita Sendiri.
    kerana apa yang tertulis oleh Awak: “Engkau masih ada...
    menemaniku setiap ketika aku bahgia.. itulah sepi yang Engkau beri agar aku mengerti di sebalik hikmahMu ini.. janganlah Engkau biarkan aku sendiri.. kecerahan rindu kan berseri mewangi bagai kuntum-kuntum melor yang kembang pagi melantun pawana dengan pesona pada duka yang terlalu lama yang tiada keindahan rasa !.”
    Oh! Tatkala itu Aku bakal memahami yang Tapak Kaki Ghaib Kita Sendiri terjejak di atas Bumi dan dengan itu datanglah Kefahaman akan Diri Kita Sendiri,
    O Sayang.

    BalasPadam