Sabtu, 17 Julai 2010

Dapatkah aku membantumu.....

Biar nyawa bercerai dari jasad..
tuan tetap memburu rindu..
hingga aku jadi cemburu..
pada setia yang tuan padu
bersama janji yang dilafaz ..
satu ketika dahulu....


Senandung yang tuan lagu
menusuk ke qalbu...
begitu mengetar seluruh sukmaku..
bagaimana bisa aku membantumu?
sedang aku terbelenggu..
di kubah yang tidak berpintu...


:puspa cendana

1 ulasan:

  1. ping-pong dan tenis

    penyebab kepada kesedihan adalah kehendak dari Satu kepada Banyak,
    atau dari Banyak kepada Satu.
    ini juga penyebab kepada riang.
    tetapi kehendak dari satu kepada satu yang lain adalah segala kesedihan;
    ianya melahirkan kebuluran,
    dan mati kekenyangan.
    kehendak seekor kupu kupu malam kepada bintang sekurang kurangnya menyelamatkannya dari kekenyangan.
    kebulurlah engkau, O manusia, demi abadi:
    jadilah senantiasa tiada puas hatta kepada yang terbatas;
    dengan itu di Akhir Hayat bakal engkau meratah yang terbatas,
    dan menjadi abadi.
    jadilah engkau lebih tamak dari jerung,
    dengan penuh perasaan rindu dari angin yang meniup pelepah nyiur.
    penziarah yang letih terus berusaha;
    penziarah yang kekenyangan berhenti.
    jalan itu menongkah bukit:
    segala rukun,
    segala semulajadi mestilah ditakluki.
    lakukan ini dengan keikhlasan ITU di dalam diri kita sendiri sebelum yang mana setiap rukun dan semulajadi hanyalah bayang bayang.

    BalasPadam