Sabtu, 17 Julai 2010

Sepi Lagi !

Saat ini Tuhan..aku sepi terlalu
seolah tiada siapa di kelilingku
kenapa Tuhan !
...seolah aku sendiri di dunia MU
sendiri !!
apakah hanya aku di sini ?
ke mana semua hamba hamba MU pergi ?
mereka meninggalkan aku..Tuhan !
tiada kasih lagi di hati mereka
namun....
Engkau masih ada... Tuhan
menemaniku setiap ketika
aku bahgia..
walau tiada teman tuk bicara
tidak ku kisah itu semua.. Tuhan !
Saban waktu yang tiada batas..
we are always connection .. on line !!
dan ..itulah sepi yang Engkau beri
agar aku mengerti
di sebalik hikmahMu ini..
Engkaulah Tuhan yang ku panggil Allah.
janganlah Engkau biarkan aku sendiri..
tanpa pertolonganMu Tuhan..
kerana aku sentiasa menyerah diri !!!

(buat diriku sendiri yang tersangat kerdil di bumi milikNya)


:p.c @ p.a @ Qzh

1 ulasan:

  1. dari dirimu sendiri

    Aku berkelana di tepi tebing kali,
    dan mataku menangkap akan suluhan Bintang Bintang Orb Kita di pusaran air.
    jadi adakah ianya hanya mindaku;
    yang mengalir ke arah Laut Yang Penuh Kefahaman
    bilamana Aku bakal mengenali Awak sepenuhnya.
    kekadang, apabila ia mengalir,
    ia mengancam untuk membanjiri tebing dengan penuh keterujaan untuk memberi bayangan yang lebih besar akan imej Jasad Kita Sendiri.
    Ah! Betapa kerasnya batu batu itu,
    dengannya mengalir saja kehidupan insan ku,
    menggeletar di dalam pelukannya yang lembut dari Imej bayangan Kita Sendiri.
    Engkau, juga, adalah Zat, ianya Aku – Menyempurnakan Kita Sendiri – yang mana itulah daya!
    sesungguh itu batu batu keras ini datangnya dari Awak, hanyalah Semangat – kepada Kehidupan – yang mana itulah Hidup saya; Jati Diri saya sendiri.
    mengalirlah, O kali! Bernafaslah, O Hidup! Ke arah Laut Penuh Kefahaman, Ibu Segala Pengetahuan.

    BalasPadam