Ahad, 18 Julai 2010

Segugus Harapan !

tuan !
segugus harapan di tepian pelangi
kan ku tebar jalaran rindu nan mewangi
agar bisa kau hidu bauan nya..
hingga ke puncak semesta maya

tuan !
asakkan rayumu , mengorak resah
bergetar gelora di samudera rasa
apakah itu dinamakan cinta ?
pada kita yang tuan minta ?

tuan !
andai itu satu suratan
kan ku nanti di kota jingga
menadah kasih yang tuan dambakan
setulus janji semanis usapan
pada titis-titis rindu yang kita taburkan

tuan !
bisikan kata membakar sukma
pada untaian kepingan cuitan bahgia
kan ku cuba fahamkan ..apa yang tuan maksudkan..
kerna di sebalik ulitan ada kecintaan..
bersembunyi di balik semilir sepi..
yang tak bertepi !

:p.c @ p.a @ Qzh

1 ulasan:

  1. Pelangi

    tatkala aku duduk berteduh di bawah bayangan hutan rimba,
    mataku menangkap akan kepelbagaian warna sinar sebuah intan.
    aku melihat sekali lagi; rupanya sinar Matahari yang bermain main
    akan embun yang mana tertaut di hujung liku liku ranting.
    ianya benar kelihatan seperti pelangi kecil sebuah janji.
    kemudian, tatkala aku terpukau akan keindahannya,
    labah labah kelabu yang kecil membentuk sarang sarang suteranya.
    ah! Sayang ku, begitulah, juga, adakah Labah Labah Ketentuan mengayam
    tali suteranya dari mustahil kepada mustahilnya Pelangi Janji Yang Hebat.
    Takdir telah menetapkan saya sebagai Anak Panah yang terletak di Tali Ketentuan pada sebuah Busur Matahari.
    Tetapi Tangan Siapa yang akan melepaskan tali busur dari Busur Perkasa tersebut,
    O Sayang,
    dan hantarkan saya dengan segerombolan sayap sayap ke tempat istirehat di dalam Hati Kita Sendiri?

    BalasPadam