Dia..
kau..
aku..
kita...
Menjadi mainan mimpi
yang datang dan pergi
berganti-ganti..
Ada rahsia terpatri
bersembunyi dalam diri...
sedang aku di tengah-tengah..
menjadi permata pada lingkaran..
yang hujungnya agak sukar di gapai.
: Puspa Cendana
HAK CIPTA TERPELIHARA "PUSPA CENDANA QZH" Hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini. Semua hasil karya ditulis dan dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini, PUSPA CENDANA QZH. Tidak dibenarkan mengeluar, mengambil, menciplak atau mengulang mana-mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara - sama ada secara elektronik, fotokopi dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis.
Ahad, 28 Februari 2010
Dan....kasih pun bertaut...
Pabila sinar menjadi sirna
terbukalah mata hati
menghadirkan dia...
di dalam diri...
Dan kasih pun bertaut
pada rindu yang melebur warnanya
menjadi cairan kasih
yang hangatnya kita tadah bersama...
Gemercing..irama tari
atas pelangi yang setia
menjadi pentas..
tika kita menyulam resah
pada asmara yang gundah...
menyala..
: Puspa Cendana
terbukalah mata hati
menghadirkan dia...
di dalam diri...
Dan kasih pun bertaut
pada rindu yang melebur warnanya
menjadi cairan kasih
yang hangatnya kita tadah bersama...
Gemercing..irama tari
atas pelangi yang setia
menjadi pentas..
tika kita menyulam resah
pada asmara yang gundah...
menyala..
: Puspa Cendana
Labels:
KASIH
SELEMBAR RINDU...
Sehari selembar rindu..
yang kau carik
pada kelopak kasihmu..
nan berona unggu..
hingga aku terpenjara
di sangkar hatimu..
Semasta jadi resah
nuansa jadi cemburu
malam dan siang jadi keliru...
Bila lembar menjadi hamparan
kan berbicara bulan yang kesiangan
entah apa gerangan diri seakan terawang
bagai bumi yang di pijak tidak terjejak...
bagai langit yang di junjung tidak tersandung...
Dan kerana itu aku patuh..
dimana dua bintang yang luruh
menjadi makna yang utuh...
dan itulah maksud yang tidak disentuh...
: Puspa Cendana
yang kau carik
pada kelopak kasihmu..
nan berona unggu..
hingga aku terpenjara
di sangkar hatimu..
Semasta jadi resah
nuansa jadi cemburu
malam dan siang jadi keliru...
Bila lembar menjadi hamparan
kan berbicara bulan yang kesiangan
entah apa gerangan diri seakan terawang
bagai bumi yang di pijak tidak terjejak...
bagai langit yang di junjung tidak tersandung...
Dan kerana itu aku patuh..
dimana dua bintang yang luruh
menjadi makna yang utuh...
dan itulah maksud yang tidak disentuh...
: Puspa Cendana
Labels:
Rindu
Rabu, 24 Februari 2010
BIARKAN...
Bila guritan cinta
menjadi debu...
lalu ...
bersemadilah ia di pusara masa....
dengan liang-liang
yang sangat dalam...
tidak ia hidup
tidak ia mati...
juga tanpa hidu wangian rindu...
biar yang unggu
yang biru
yang kelabu
mahupun merah menyala...
bergolek resah...
menanti pelangi cinta
ceria kembali....
: Puspa Cendana
menjadi debu...
lalu ...
bersemadilah ia di pusara masa....
dengan liang-liang
yang sangat dalam...
tidak ia hidup
tidak ia mati...
juga tanpa hidu wangian rindu...
biar yang unggu
yang biru
yang kelabu
mahupun merah menyala...
bergolek resah...
menanti pelangi cinta
ceria kembali....
: Puspa Cendana
Labels:
resah
BIARKAN...
Bila guritan cinta
menjadi debu...
lalu ...
bersemadilah ia di pusara masa....
dengan liang-liang
yang sangat dalam...
tidak ia hidup
tidak ia mati...
juga tanpa hidu wangian rindu...
biar yang unggu
yang biru
yang kelabu
mahupun merah menyala...
bergolek resah...
menanti pelangi cinta
ceria kembali....
: Puspa Cendana
menjadi debu...
lalu ...
bersemadilah ia di pusara masa....
dengan liang-liang
yang sangat dalam...
tidak ia hidup
tidak ia mati...
juga tanpa hidu wangian rindu...
biar yang unggu
yang biru
yang kelabu
mahupun merah menyala...
bergolek resah...
menanti pelangi cinta
ceria kembali....
: Puspa Cendana
Labels:
resah
Selasa, 23 Februari 2010
KALI INI...
Kali ini...
masa terhenti seketika
menunggu penuh debar..
tik tok! ... tik tok! ... tik tok! ..
dentingan waktu sayup menjauh....
guratan hati ngilu
berbaur cemas...
bila jasad di mati tanpa rela..
tik tok! ... tik tok! ... tik tok! ...
semakin jauh...jauh...
tetiba....
keterasingan mencengkam jiwa..
tiada hilai tawa
tiada sanak saudara
tiada kekasih yang di puja..
sepi...
ke mana semua?
mana?
oohh..
tik tok! ... tik tok! ... tik tok! ...
hilang...
hanya sunyi...
gelap...
sempit....
jasad yang di dakap sepi
terus berputar mencari paksi..
melerai gelungan bara..
yang melilit diri..
tik tok! ... tik tok! ... tik tok! ...
tiada bunyi lagi...
: Puspa Cendana
masa terhenti seketika
menunggu penuh debar..
tik tok! ... tik tok! ... tik tok! ..
dentingan waktu sayup menjauh....
guratan hati ngilu
berbaur cemas...
bila jasad di mati tanpa rela..
tik tok! ... tik tok! ... tik tok! ...
semakin jauh...jauh...
tetiba....
keterasingan mencengkam jiwa..
tiada hilai tawa
tiada sanak saudara
tiada kekasih yang di puja..
sepi...
ke mana semua?
mana?
oohh..
tik tok! ... tik tok! ... tik tok! ...
hilang...
hanya sunyi...
gelap...
sempit....
jasad yang di dakap sepi
terus berputar mencari paksi..
melerai gelungan bara..
yang melilit diri..
tik tok! ... tik tok! ... tik tok! ...
tiada bunyi lagi...
: Puspa Cendana
Labels:
SEPI
GERIMIS TURUT MENGHIBA
Ku hitung jari jemari
melangkau waktu demi waktu
pada awan yang sarat meng-itam..
bagai ada petanda..
kedukaan pasti tercipta..
andai petala langit...
bergempita..
gerimis turut menyimbah hiba..
di dada..
dan..saat itu..
lemah longlai mendengar berita..
bahawa dia yang baru ku jumpa..
telah pergi selamanya...
meninggalkan aku sorang..
dalam sangsara...
al Fateha....
:Puspa Cendana (doaku kau sejahtera di sana)...amin..
melangkau waktu demi waktu
pada awan yang sarat meng-itam..
bagai ada petanda..
kedukaan pasti tercipta..
andai petala langit...
bergempita..
gerimis turut menyimbah hiba..
di dada..
dan..saat itu..
lemah longlai mendengar berita..
bahawa dia yang baru ku jumpa..
telah pergi selamanya...
meninggalkan aku sorang..
dalam sangsara...
al Fateha....
:Puspa Cendana (doaku kau sejahtera di sana)...amin..
Labels:
Sedih
Langgan:
Catatan (Atom)