Rabu, 10 Februari 2010

DERHAKAKAH JEBAT?

Jika Tuah kau sanjung tinggi
bagai Gunung Ledang yang sukar di daki...
mengapa Sultan tidak menghargai?

Dan....
bila Jebat bistari melenting
membela Tuah yang di sayangi
sanggup khianat pada Raja sendiri
demi membukti kesetian hakiki..
untuk bang Tuah yang di khianati...

Lalu..
hukuman terus dijatuhi
pada soldadu yang satu ini..
bagai terpecah kencana malam
melebar sayap ke ufuk semesta
mencari punca..
kederhakaan yang menggila...

Ketuanan...Ke Rajaan...
menjadi saka yang sukar di lenyapkan
menjadi kolam kedunguan
yang terlalu dalam...
dalam kotak pikiran..
yang kian usang
di telan zaman..

:Puspa Cendana

5 ulasan:

  1. aduh..
    puisi yang kukira mendalam ertinya
    kukira menyentuh isu semasa...
    begitulah kufahami sendiri...

    BalasPadam
  2. melayu yang pupus

    Tiada Satu pun diantara mereka ini bernombor Empat: yang lain diantara mereka ini empat sebenarnya.
    Lima adalah Empat ini yang tinggal tidak di dalam Bandar Melaka, di bawah lindungan Raja Yang Disembah.
    Mereka adalah Hang Tuah.
    Mereka adalah Hang Jebat.
    Mereka adalah Hang Lekir.
    Mereka adalah Hang Kasturi.
    Mereka adalah Hang Lekiu.
    Tetapi yang Kelima adalah manusia yang digelar TIDAK MELAYU;
    kerana menderhaka hingga ke Akhir Hayat, tika di Akhir Hayat Tiada Melayu pun diderhakai.
    Amin.

    KOMENTAR
    mereka digelar "Tiada", sebab mereka telah melaluinya dan menjadi. jika ianya tidak begitu mereka tetap digelar "empat" di dalam nilai yang buruk sesebuah intelektual.
    mereka digelar Lima, sesungguhnya mereka adalah Enam, sebab Hang Tuah dikira sebagai tiada, dipinjam dari tabiat doktrinnya. "tiada melayu hilang di dunia"
    mereka digelar melayu yang pupus sebab kelihatan seperti makhluk raksasa yang teruk.

    BalasPadam
  3. ya... 'dinosour' yang rakus yang senantiasa membaham...

    BalasPadam
  4. harrr???...begitu rakus dan kejam??
    sedang Allah tidak kejam....

    BalasPadam